Kelantan United Berwajah Baru, Dikenali Sebagai Kelantan Darul Naim
Liga Super
Kelantan United FC
Advertisements

Pasukan dari Pantai Timur, Kelantan United FC kini memiliki nama baru iaitu Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).

Pengumuman pertukaran nama kelab bola sepak itu diumumkan pengurusan kelab menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan.

Pengurusan KDN FC memaklumkan perubahan tersebut dibuat bagi menyatukan semula penyokong Kelantan di bawah satu panji kebanggaan negeri iaitu Kelantan Darul Naim.

Advertisements

Pengurusan kelab turut mengucapkan terima kasih kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan First Instance Body (FIB) kerana meluluskan pertukaran nama tersebut.

“Seiring dengan harapan dan aspirasi dari semua pihak, tanggal 12 Mac 2024 atau 1 Ramadhan 1445H, secara rasminya kami mengumumkan kepada semua penjenamaan semula nama kelab beserta logo dari Kelantan United FC kepada Kelantan Darul Naim FC.

“Penjenamaan semula nama dan logo kelab adalah disebabkan keinginan pihak pengurusan untuk menyatu padukan semula para penyokong dan pendukung bola sepak Kelantan di bawah satu panji serta bendera kebanggaan, Kelantan Darul Naim.

“Misi serta visi pihak pengurusan sangat jelas bahawa perubahan nama dan logo ini bukan untuk mengantikan pasukan utama namun satu perubahan yang dibuat demi melihat sebuah kelab yang berdaya saing beraksi di hierarki tertinggi Liga Malaysia bersama kelab utama yang lain dengan entiti yang lebih dominan serta memiliki satu pengaruh yang bersifat menyeluruh.

Advertisements

“Justeru itu, pihak pengurusan menerusi Presiden, YB Rozi Muhamad serta pengurusan tertinggi kelab ingin merakamkam ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Malaysian Football League (MFL) dan First Instance Body (FIB) kerana menerima seterusnya membenarkan penjenamaan semula kelab dan pasukan untuk menghadapi persaingan musim 2024/25.

“YB Presiden dan pihak pengurusan tertinggi juga merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga buat semua peminat dan penyokong bola sepak Kelantan kerana curahan idea serta pendapat mereka pada awalnya adalah antara faktor utama penjenamaan semula kami kepada nama Kelantan Darul Naim FC,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Di ruang komen, ramai penyokong negeri Cik Siti Wan Kembang itu menyambut baik penjenamaan semula nama Kelantan United kepada KDN FC

Ramai berharap penjenamaan semula itu dapat membantu KDN FC tampil lebih cemerlang dalam Liga Super musim 2024-2025.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram