Kelantan United Tak Mahu Lari Dari Tanggungjawab
Liga Super
Kelantan United FC
Advertisements

Sebelum ini telah tersebar khabar angin di media sosial yang mengatakan terdapat isu tunggakan gaji sehingga empat bulan yang membelenggu pasukan Kelantan United.

Namun Kelantan United FC dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi kelab hari ini telah memberi jaminan bahawa tidak akan lari dari tanggungjawab untuk menyelesaikan segala tuntutan daripada barisan pemain dan staf.

Dalam masa yang sama, pihak pengurusan Kelantan United juga akan melakukan perubahan bagi memacu kejayaan yang lebih cemerlang musim hadapan.

Advertisements

“Secara jelasnya kelayakan Kelantan United FC untuk bersaing di pentas Liga Super Malaysia bukanlah semudah yang disangkakan.

“Namun kami berbangga kerana kami terus mendaki dari musim ke musim untuk berada pada kedudukan sekarang serta melakar berbagai cerita yang kini tersimpan rapi dalam arkib Sang Kijang Hijau hasil penat jerih pihak pengurusan kelab untuk melihat pasukan ini terus kekal relevan dalam industri bola sepak negara.

“Tipu jika mana-mana kelab bola sepak di Malaysia mengatakan mereka tidak mengalami atau menghadapi masalah pada setiap musim dan Kelantan United FC juga mengakui kami turut berdepan masalah.

Advertisements

“Namun syukur padaNYA pihak pengurusan tidak lari malah sentiasa menjaga kebajikan dengan mengambil tanggungjawab untuk melangsaikan segala tuntutan seterusnya melunaskan segala keperluan berlandaskan kontrak yang telah ditandatangani pada awal musim tempoh hari.

“Justeru itu, pada 2024 yang baru sahaja menjengah, Kelantan United FC akan terus bersaing dalam saingan Liga M dan dijangka melakukan beberapa perubahan bagi memacu kejayaan dan kegemilangan yang jauh lebih cemerlang,” coret Kelantan United di laman Facebook rasmi kelab.

Untuk musim 2023, Kelantan United telah menamatkan saingan Liga Super dengan berada di kedudukan ke-12 dengan mengumpul 17 mata.

Advertisements

Antara kejayaan terbesar Sang Kijang Hijau musim ini adalah mara ke separuh akhir Piala Cabaran MFL sebelum terpaksa akur dengan kekalahan kepada Kuching City FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram