Kelantan United Tumbang Di Larkin, Jentera Serangan Tumpul Tanpa Gassama
Liga Premier
Photo Facebook / KelantanUnitedFC
Advertisements

Kelantan United terpaksa akur dengan kekalahan 3-0 kepada JDT II dalam aksi Liga Premier yang berlangsung di Stadium Larkin. Gagal menjaringkan sebarang gol, ketiadaan penyerang utama Kelantan United nyata memberi kesan besar pada pasukan.

JDT II berjaya meraih 3 gol menerusi pemain import mereka, Fernado Rodriguez yang menjaringkan 2 gol pada minit ke 15 dan 61 permainan dan gol ketiga menerusi pemain bernama Muhamad Alif pada minit ke 86.

Prestasi cemerlang Kelantan United tempoh hari ke atas Perak II nyata gagal diulangi. Kelantan United beraksi tanpa kelibat Gassama Al Fusainey yang dihantar pulang  setelah terlibat dalam insiden pergaduhan bersama Zafuan Azeman tempoh hari.

Advertisements

Syahrul Azwari yang memimpin bahagian serangan Kelantan United gagal mencetak sebarang gol dalam perlawanan ini. Malah pemain terbaik perlawanan tempoh hari, Qayyum Marjoni Sabil turut tidak beraksi ekoran digantung 1 perlawanan liga.

Gassama merupakan penjaring gol terbanyak bagi pasukan Kelantan United ketika ini dengan jumlah 8 gol liga.

Kemenangan tersebut menyaksikan JDT II berjaya memintas Kelantan United untuk berada di kedudukan ke 5 liga. Walaupun jauh dari kedudukan pertama, Kelantan United masih mempunyai peluang sekiranya mampu mengatasi kedudukan Sarawak United berikutan status Terengganu II, Selangor II dan JDT II sebagai feeder club.

Advertisements

Gassama yang digantung 2 perlawanan bakal terlepas dalam aksi menentang Selangor II nanti berikutan baki 1 lagi penggantungan perlawanan liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram