Kelayakan Piala Dunia: Arab Saudi Mudah Atasi Tentangan Jordan
Piala Dunia
SAFF
Advertisements

Arab Saudi terus memperkukuh kedudukan di persada Kumpulan G dengan menewaskan negara serantau, Jordan 2-0 awal pagi tadi.

The Green Falcons yang dibimbing Roberto Mancini turun dengan misi mendapatkan tiga mata selepas segar daripada kejayaan membelasah Pakistan 4-0.

Manakala The Chivalrous Ones pula mahu mendapatkan tiga mata sulung selepas sekadar seri 1-1 dengan jaguh Asia Tengah, Tajikistan.

Advertisements

Keinginan anak-anak buah Houcine Ammouta memulakan perlawanan dengan positif punah apabila Saleh Al-Shehri menyumbat gol pertama Saudi pada minit kelapan.

Tersentak, Jordan mula memperkemas rentak permainan bagi mendapatkan gol penyamaan tetapi tidak membuahkan hasil.

Sebaliknya, Saleh sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada pasukan tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-30. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Jordan terus meningkatkan asakan ke atas kubu pelawat.

Namun begitu, barisan pertahanan pelawat diketuai Hassan Al Tambakti memastikan keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat.

Sofascore memilih Saleh sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.1 mata. Sementara Ehsan Haddad dan Abdallah Nasib merupakan pemain terbaik Jordan dengan markah 7.2 mata.

Advertisements

Perlawanan ini juga menampilkan kisah berbeza dua awang import Jordan, Noor Al-Rawabdeh dan Yazan Al-Arab.

Noor yang kini beraksi dengan Selangor FC mengetuai bahagian tengah The Chivalrous Ones dan mendapat markah 7.1 mata daripada Sofascore.

Sementara Yazan pula memanaskan bangku simpanan selepas tidak dipilih menjadi pemain gantian. Beliau baru-baru ini dikenakan penggantungan seumur hidup oleh FAM.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram