Kelayakan Piala Dunia: Oman Cemerlang Atasi Taiwan
Piala Dunia
MakanBola
Oman FA
Advertisements

Oman memulakan kempen Kumpulan D dengan langkah kanan apabila menewaskan pasukan dari Asia Timur, Taiwan 2-0 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos.

Dengan Malaysia mengetuai Kumpulan D buat sementara waktu selepas mengalahkan Kyrgyzstan 4-3, kedua-dua pasukan berharap dapat membuka kempen masing-masing dengan kemenangan.

Advertisements

Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Omar Al-Malki pada minit ke-17. Bek kiri Al-Ahmar, Ahmad Al-Kaabi menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-41.

Ini membolehkan Oman mengekalkan kedudukan 2-0 mereka dengan selesa sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Al-Ahmar terus mengekalkan dominasi mereka ke atas Taiwan.

Advertisements

Ini memaksa jurulatih Gary White membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat menginspirasikan kebangkitan pasukan itu.

Malangnya, kebangkitan yang dicari beliau tidak muncul. Sebaliknya, Oman terus berusaha memberi tekanan kepada Taiwan bagi mendapatkan gol tambahan.

Advertisements

Gol yang dicari muncul pada minit ke-90 oleh Moutaz Salleh. Tiga gol ini cukup untuk memacu Oman menerajui persada Kumpulan D.

News Comments Account