Aksi Malaysia vs Filipina bakal menjadi tumpuan dengan kehadiran 5 bintang utama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini.
Pertembungan penting di ibu kota bakal menentukan pasukan yang bakal mara ke separuh akhir ASEAN Hyundai Cup 2026 dengan Malaysia dan Filipina masing-masing membawa misi untuk ke pusingan yang seterusnya.
Di sebalik aksi hangat ini, 5 bintang tumpuan bakal membuatkan peminat teruja untuk menonton baik di stadium, mahupun di kaca televisyen.
1- Paulo Josue
Kelibat kapten Harimau Malaya ini sudah semestinya bakal dirantai habis-habisan oleh barisan benteng Filipina setelah Paulo Josue ketika ini berada dalam kelompok penjaring terbanyak kejohanan dengan 3 gol yang sudah dicetak.
2- Sergio Aguero
Penggerak enjin tengah pasukan kebangsaan tampil memukau dalam 3 aksi sebelum ini dengan Aguero menggalas tugas utama bagi memastikan setiap serangan dapat digerakkan lancar selain mengawal tempo permainan skuad Harimau Malaya.
3- Ubaidullah Samsul
Pertahanan Terengganu ini menjadi nadi penting di barisan pertahanan pasukan dalam membentuk gandingan ampuh bersama Rodney Calvin, dengan Tan Cheng Hoe sekali lagi dijangka mempertaruh duo ini untuk mengekang serangan Filipina.
4- Jarvey Gayoso
Kelincahan penyerang berusia 29 tahun ini wajar diberi perhatian oleh barisan pertahanan Harimau Malaya selepas Gayoso telah pun berjaya mencetak dua gol menerusi 7 percubaan yang dilakukan dalam 3 aksi lalu.
5- Quincy Kammeraad
Selain barisan serangan Filipina, di bahagian belakan pasukan The Azkals turut mencuri perhatian apabila penjaga gol KL City, Quincy Kammeraad dijangka menggalas tugas di posisi tersebut berbekalkan pengalamannya di Liga Malaysi sebelum ini.
Aksi Malaysia vs Filipina bakal berlangsung pada Sabtu, 8 Ogos 2026 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dengan sepak mula tepat jam 9 malam ini.