Kelibat Supachok & Chanathip Buat Indonesia Menderita
Dunia
Changsuek
Advertisements

Pentas akhir pertama Piala AFF Suzuki 2020 hari ini menyaksikan pertembungan di antara Indonesia bertemu Thailand. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura itu menyaksikan Thailand menang keatas Indonesia, 4-0.

Pemain tengah Thailand, Supachok Sarachat dan Chanathip Songkrasin menjadi pemain tumpuan dalam perlawanan. Dua pemain ini berjaya mempamerkan aksi yang cukup cemerlang dan masing-masing berjaya menjaringkan gol buat pasukan.

Kapten pasukan Thailand, Chanathip Songkrasin berjaya menjaringkan dua gol ketika membantu Thailand berpesta jaringan. Gol awal Chanathip pada minit kedua perlawanan terhasil menerusi satu rembatan kencang setelah menerima hantaran daripada Supachok.

Advertisements
Tidak cukup dengan jaringan awal di separuh masa pertama, memasuki babak kedua perlawanan, Chanathip sekali lagi hadir dengan jaringan kedua buat pasukan. Gerakan individu Supachok yang mengkucar-kacirkan pertahanan Indonesia disudahkan dengan satu sepakan dari Chanathip.

Keserasian kedua-dua individu ini tidak lagi dapat disangkal. Gerakan satu dua antara Chanathip dan Supachok bermula dari tengah padang amat sukar disekat. Beberapa kali, kedua pemain ini mudah mengayam-ayamkan barisan pertahanan Indonesia.

Prospek muda Thailand, Supachok Sarachart juga tidak melepaskan peluang untuk mencetak nama selaku penjaring. Ketenangan, ketepatan dan positioning yang tepat merupakan nilai tambah yang ada pada pemain ini.

Pada minit ke-67 permainan, Supachok menggandakan jaringan buat Thailand apabila percubaan dari luar kotak penalti pemain yang berusia 23 tahun ini gagal diselamatkan penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata.

Advertisements
Mutu dan kredibiliti yang ditampilkan kedua pemain ini wajar sekali dicontohi. Mereka bijak meletakkan diri pada kedudukan terbaik untuk menjaringkan gol. Kesungguhan mengejar bola, berlari turun naik padang memberi tekanan kepada pemain lawan tidak sia-sia kerana akhirnya ia memberi kelebihan buat pasukan.

Sebelum wisel penamat ditiupkan, Bordin Phala memastikan malam gemilang Thailand berakhir dengan pesta gol. Gol Bordin itu melengkapkan kemenangan Thailand keatas Indonesia, dengan jaringan 4-0.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram