Dunia
Advertisements

7 Januari 2021, Manchester United mengumumkan ketibaan Amad Diallo secara rasmi. Pada hari terakhir jendela perpindahan pemain Ogos lalu, United telah melengkapkan pembelian 4 pemain iaitu Alex Telles, Edinson Cavani, Facundo Pellistri dan Amad Traore. Namun siapakah gerangan 2 pemuda bernama Pellistri dan Diallo?

Facundo Pellistri dan Amad Diallo adalah antara bakat muda yang semakin mendapat perhatian oleh kelab-kelab di Eropah. Kedua-duanya masih berusia 18 tahun dan bermain di posisi sayap kanan.

Facundo Pellistri adalah pemain kelahiran Uruguay dan bermain untuk kelab Penarol. Pellistri pernah bermain di bawah kendalian bekas penyerang Manchester United, Diego Forlan.

Advertisements

Menurut pakar pemantau bakat, Pellistri amat berbahaya dengan kemampuannya untuk menyerang di bahagian sayap kanan.

facundopellistripenarol mr3omov6dinf1uomjvdmlfolw Kenali 2 Nama Prospek Muda Yang Baru Dibawa Masuk United
Facundo Pellistri ketika bersama Penarol

Beliau juga mampu bermain sebagai pemain tengah menyerang. Pellistri mempunyai kebolehan membuat hantaran dan mempunyai visi yang baik. Walaupun baru berusia 18 tahun, Pellistri diberi kepercayaan untuk menyarung jersi nombor 10 di Penarol.

Pellistri telah melakukan 37 penampilan dalan keseluruhan pertandingan dan berjaya menjaringkan 2 gol dan melakukan 4 assists. Dibeli dengan harga €8.5m, Pellistri akan menyarung jersi no 28 di Manchester United.

Advertisements

Pellistri sudah tiba di Old Trafford sejak Ogos lalu namun beliau kini ditempatkan bersama skuad bawah 23 tahun. Sudah beraksi sebanyak 6 perlawanan, Pellistri berjaya menjaringkan 2 gol dan mencipta 1 assist.

Seorang lagi pemain baharu United ialah Amad Diallo. Diallo juga merupakan pemain sayap kanan yang beraksi bersama Atalanta di Serie A. Namun berbeza dengan Pellistri, Diallo menyertai United pada awal Januari 2021 walaupun sudah memuktamadkan perjanjian kerana masalah permit kerja.

Aksi Amad Diallo pada musim lalu

Setelah merekodkan 18 gol dan 13 assists dalam 42 penampilan untuk skuad bawah 17 tahun Atalanta, Amad Traore terus dipanggil berlatih bersama skuad senior Atalanta.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Amad Traore hanya melakukan 3 penampilan bersama Atalanta dan kesemuanya beliau hadir dari bangku simpanan.Dalam 3 penampilannya, Amad Traore berjaya menjaringkan 1 gol ketika Atalanta menang 7-1 menentang Udinese.

Pemain kelahiran Ivory Coast ini dibeli dengan harga €30m (termasuk adds-on). Namun sepanjang 4 bulan musim 2020-2021 bersama Atalanta, Diallo sekadar beraksi 2 perlawanan (1 Serie A dan 1 Liga Juara-Juara) tanpa mencipta sebarang gol.

James masih bergelut dengan prestasi musim ini

Kehadiran 2 pemain muda ini melihatkan Ole cuba menggunakan pemain prospek muda untuk jangka masa panjang. Prestasi tidak menentu Daniel James serta kegagalan mendapatkan Jadon Sancho menguatkan lagi bahawa mungkin ini alternatif buat Ole untuk mengisi kelopongan di bahagian sayap kanan Manchester United ketika ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram