FIFA memberikan penjelasan mengenai situasi pemain tengah England, Jude Bellingham yang tidak dikenakan hukuman ketika aksi menentang Ghana.
Baru-baru ini nama Jude Bellingham menjadi sebutan selepas aksi bertemu Ghana pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan L pada awal pagi Rabu.
Hal ini disebabkan beliau tidak dilayangkan kad merah ketika menutup mulut semasa bercakap bersama pemain Ghana, Jordan Ayew.
Kejadian ini menjadi tanda tanya kerana sebelum ini pemain Paraguay, Almiron dikenakan kad merah selepas dikesan menutup mulut ketika mengatakan sesuatu kepada pemain Turkiye, Mert Muldur. Bek tengah Fenerbahce itu segera mengadukan perkara itu kepada pengadil berhubung tindakan bekas pemain Newcastle United itu.
Bagaimanapun, Jude Bellingham tidak dikenakan sebarang hukuman selepas pengadil memutuskan bahawa tindakannya itu tidak berlaku dalam suasana konfrontasi.
Mengikut garis panduan FIFA, pemain dibenarkan menutup mulut ketika berbual dengan rakan sepasukan atau dalam perbualan biasa yang tidak melibatkan pertelingkahan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina, sebelum ini menjelaskan bahawa tindakan disiplin hanya akan dikenakan jika perbuatan tersebut dilakukan dalam keadaan pertikaian atau konfrontasi.
Akhir sekali, Jude Bellingham & England bakal meneruskan aksi saingan Piala Dunia dengan menentang pasukan Panama bagi menentukan kedudukan akhir peringkat Kumpulan L pada Ahad ini.