Kenapa Rakyat Korea Marah Betul Kim Pan-gon Sertai Malaysia?
Dunia
SF / Freman Graphic
Advertisements

(Arkib Januari 2022): Perkara yang sedikit menghairankan berlaku di Korea Selatan setelah berita perpindahan Kim Pan-gon ke Malaysia mula tersebar beberapa hari lalu.

Rata-rata penyokong bola sepak Korea berang dan menggelarnya sebagai pengkhianat dan mementingkan wang dan berbagai lagi tomahan.

Walaubagaimanapun mengapa hal ini terjadi? Jawapan paling mudah adalah Kim Pan-gon merupakan seorang yang telah membantu bola sepak Korea Selatan kembali digeruni selepas beliau dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).

Advertisements

Kemasukkannya ke KFA berjaya meningkatkan prestasi bola sepak Korea secara menyeluruh dengan jaringannya yang kukuh dan perubahan sistem bola sepak Korea.

Menurut Hanguk-ASEAN, Kim menjalankan tugasnya di Korea sejak tahun 2017 dengan sangat cemerlang dengan polisi-polisi baru yang memberikan banyak perubahan kepada bola sepak di sana.

Menurut Hangkuk, Kim sebelum ini berjaya membawa masuk beberapa jurulatih berpengalaman ke Korea Selatan seperti Paulo Bento dan Collin Bell.

Advertisements

Kim turut mengubah sistem perubatan bola sepak Korea dengan sistem yang lebih berkesan selain menjalankan tugasnya sepenuh hati.

Sumbangan besar beliau berjaya meningkatkan prestasi pasukan Korea Selatan di kelayakan Piala Dunia.

Menurut Hangkuk juga, berdasarkan maklum balas yang diterima, 92% penyokong tidak mahu Kim pergi meninggalkan Korea Selatan sebaliknya mereka ingin Kim Hak-bum ke Malaysia.

Advertisements

Penyokong bola sepak di sana tidak mahu kehilangan Kim Pan-gon dan ingin Kim Hak-bum pergi meninggalkan negara tersebut menyertai Malaysia namun perkara disebaliknya terjadi sekaligus mengundang kemarahan rakyat Korea.

Kim Pan-gon walaubagaimanapun menulis sepucuk surat kepada rakyat Korea memohon maaf atas perkara ini dan beliau menjelaskan ingin mencabar dirinya membangunkan bola sepak di Malaysia.

Kim Pan-gon turut percaya dengan potensi yang dimiliki Malaysia dan berasa kasihan dengan situasi semasa pasukan Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram