Keputusan Buruk Kelantan United Didorong Faktor Tiada Penyudah
Liga Super
Kelantan United Football Club
Advertisements

Selepas lima perlawanan, Kelantan United nampaknya masih belum dapat membuktikan kehadiran mereka dalam Liga Super lebih daripada sekadar menjadi pelengkap saingan.

Mereka setakat ini menduduki tangga tercorot setelah hanya meraih satu mata susulan keputusan seri menentang Perak, selebihnya tewas sebanyak empat kali termasuk yang terbaru kepada PDRM FC.

Bagi pemain tengah, Khairu Azrin Khazali, masih belum terlambat untuk Kelantan United bangkit mendaki kedudukan dalam carta liga dan menyifatkan tempoh cuti kira-kira dua minggu ini adalah peluang terbaik pasukan itu menganalisa dan memperbaiki kelemahan.

Advertisements

“Sebenarnya, apabila kita tidak boleh menjaringkan gol dan manfaatkan peluang yang ada, dekat situlah yang kita susah nak dapat tiga mata.

“Itulah kekurangan pasukan sebenarnya dan saya percaya, saingan liga juga masih panjang, jadi kita masih ada masa untuk lihat balik dan teliti setiap kelemahan.

“Walau apa pun, kita tidak boleh nak panik dengan keputusan yang kita dapat dan mahu atau tidak, pasukan kena teruskan perjuangan sampai kita dapat kemenangan.

Advertisements

“Buat masa ini, kami tetap fokus kepada sesi latihan dan selepas ini pun kita dah nak berpuasa, jadi banyak benda yang kita kena lakukan untuk berlatih dengan baik”, ujar Khairu Azrin.

Pemain berusia 32 tahun itu juga berterima kasih kepada pengendali Kelantan United, Thomas Trucha atas kepercayaan menurunkannya di dalam kesebelasan utama.

“Sejujurnya saya memang puas apabila dapat beraksi tetapi ia belum cukup sebab kita tiada keputusan yang baik. Namun, jika nak dibandingkan dengan tahun lepas, memang musim ini adalah permulaan yang baik untuk saya apabila diberi kepercayaan dalam lima semua perlawanan sebelum ini,” tambahnya.

Advertisements

Kelantan United antara pasukan yang membuat persiapan gah musim ini, malah ramai juga membandingkan persiapan mereka yang jauh lebih baik berbanding Kelantan FC saban tahun namun tidak mendapat hasil yang diharapkan.

Pasukan dengan jolokan Kijang Hijau itu akan berdepan Terengganu di tempat lawan sebalik saingan liga kembali bersambung pada 31 Mac nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram