Keputusan Kim Pan-gon Pertaruh Dominic Tan Berbaloi?
Dunia
officialsabahfc
Advertisements

Pemain pertahanan Sabah, Dominic Tan terus menjadi taruhan barisan pertahanan skuad kebangsaan selepas nama beliau sekali lagi tersenarai dalam 29 pemain untuk ke kem latihan pusat yang telah bermula sejak 19 Mei lepas. 

Sepanjang beraksi bersama Sabah setakat ini, Dominic Tan dilihat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman beliau ketika berkelana di bumi Thailand bersama Police Tero selepas diberi kepercayaan oleh Ong Kim Swee untuk beraksi dalam lima perlawanan terakhir saingan Liga Super setakat ini. 

Di bawah kendalian Ong Kim Swee, Dominic cemerlang bermain di posisi bek tiga dimana itu adalah sistem yang diterapkan oleh bekas jurulatih Harimau Malaya B-23 ini bagi pasukan Sabah pada musim ini. 

Advertisements

Hal ini terbukti apabila pemain berusia 25 tahun ini berjaya membantu pasukan Sabah mengekalkan rekod cemerlang dengan mencatatkan lima kemenangan dan dua kekalahan sepanjang tujuh perlawanan bagi saingan Liga Super musim ini. 

Pasukan Sabah berada di tangga kedua Liga Super di belakang Johor Darul Ta’zim yang kini dipisahkan hanya dengan satu mata sahaja. 

Kekebalan dan kepantasan Dominic untuk mengekang asakan pemain lawan  ternyata menjadi kunci utama pasukan Sabah beraksi cemerlang setakat ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram