Berikut merupakan keputusan PRN 15 (Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15). Pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam PRU DUN Ke-15 adalah sebanyak 9,773,571 dan SPR juga mengesahkan sebanyak 70% pemilih berdaftar keluar mengundi secara amnya setakat jam 4:00 petang.
Tumpuan diberi kepada negeri demografi bercampur seperti Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan ketika Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang diramal kekal kepada parti penyandang kerajaan negeri.
Perebutan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menjadi medan pertempuran paling mencabar antara Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Berdasarkan kemas kini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), jumlah pemilih yang keluar % pengundi keluar mengundi bagi Undi Biasa sehingga jam 4:00 petang adalah seperti berikut:
Kedah : 68%
Kelantan :56%
Terengganu : 70%
Pulau Pinang :67%
Selangor : 65%
Negeri Sembilan : 62%
PRK P.036 Kuala Terengganu : 67%
Keputusan Rasmi Mengikut Negeri: (Tidak Rasmi)
Selangor:
–Amirudin Shari (PH) menang di DUN Sungai Tua.
–Altimet (PH) menang di DUN Lembah Jaya.
-Azmin Ali (PN) menang di DUN Hulu Kelang.
Kedah: (Tumpuan)
–Baddrol Bakhtiar (PN) menang di DUN Gurun
-Radhi Mad Din (PN) menang di DUN Alor Mengkudu
Kelantan:
–Hafizah Omar (PH) menang di DUN Kota Lama
–Mohd Amar (PN) menang di DUN Panchor
-Ahmad Yakob (PN) menang di DUN Pasir Pekan
Terengganu:
Pulau Pinang:
–Reezal Merican (BN) menang di DUN Bertam.
–Chow Kon Yeow (PH) menang di DUN Padang Kota
Negeri Sembilan:
–Anthony Loke (PH) menang di DUN Chennah
Keputusan penuh bakal diketahui sekitar jam 11 malam ini.