Lagenda Kedah, Baddrol Bakhtiar Sumbat ‘Gol’ Pertama, Kini Ahli DUN Gurun
Politik
Kedah FA
Advertisements

Bekas pemain dan lagenda bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar secara rasminya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun.

Baddrol merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak negara selepas berbakti hampir 18 tahun dalam kancah bola sepak tempatan.

Beliau bagaimanapun membuat keputusan untuk menggantung but dan menyertai kancah politik bersama parti Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya kali ini.

Advertisements

Keputusan beliau ternyata tepat apabila mendapat kepercayaan daripada penduduk kawasan untuk menggalas tugas sebagai wakil politik.

Berdepan pencabar dari parti Pakatan Harapan (PH) iaitu Mohammed Firdaus Johari dengan majoriti mudah hampir 7,000 undi.

Sepanjang karier beliau, Baddrol telah membantu Kedah muncul juara Liga Premier 2015, juara piala Malaysia 2016, juara Piala Sumbangsih pada 2017 dan memenangi Piala FA sebanyak 2 kali pada 2017 dan 2019.

Advertisements

Anak jati Kedah ini juga membantu skuad kebangsaan meraih emas 2 kali berturut-turut pada temasya Sukan SEA 2009 dan 2011 selain membantu skuad Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2014.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram