Baddrol Bakhtiar Kembali Beraksi
Komuniti
KFA Media
Advertisements

Lagenda bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar kembali mengubat kerinduan para peminat unthk melihat aksinya di atas padang selepas beraksi semula dalam satu perlawanan persahabatan.

Pemain berusia 35 tahun itu membuat keputusan mengejut untuk meninggalkan arena bola sepak profesional untuk menceburi bidang politik.

Bekas pemain Sabah FC ini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan kira-kira sebulan yang lalu sungguhpun berpeluang beraksi di pentas bola sepak Asia.

Advertisements

Beliau menjadi watak penting selama hampir satu setengah musim bersama The Rhinos termasuklah berjaya memberi saingan sengit dalam kempen Liga Super musim ini.

Baddrol bagaimanapun kembali beraksi dalam satu perlawanan yang melibatkan pasukan pilihan Mb menentang Kedah Chinese FA.

Menerusi beberapa perkongsian klip yang memaparkan aksi lincah perancang tengah ini di atas padang sungguhpun sudah lama tidak beraksi.

Advertisements

Bekas pemain kebangsaan ini dilihat masih memiliki sentuhan yang cukup baik dengan larian-larian derasnya telah menyukarkan lawan pada aksi persahabatan tersebut.

Aksi ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk mendekatti masyarakat apabila Baddrol kini secara rasmi bertanding selaku ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Kedah.

Sepanjang karier beliau, Baddrol telah membantu Kedah muncul juara Liga Premier 2015, juara piala Malaysia 2016, juara Piala Sumbangsih pada 2017 dan memenangi Piala FA sebanyak 2 kali pada 2017 dan 2019.

Advertisements

Anak jati Kedah ini juga membantu skuad kebangsaan meraih emas 2 kali berturut-turut pada temasya Sukan SEA 2009 dan 2011 selain membantu skuad Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2014.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram