Rasuah KFA: Sanusi Dipanggil Ke SPRM
Politik
Bernama
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dikhabarkan telah dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang sebelum ini beliau dikaitkan dengan KFA.

Berita itu disahkan oleh SPRM sendiri tengah hari tadi, mengatakan Menteri Kedah itu telah dipanggil bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan isu tersebut.

Pengarah Kanan Siasatan, Datuk Seri Hishamuddin Hashim juga mengatakan berhubung dakwaan rasuah itu pihaknya kini di peringkat akhir bagi menyelesaikan kertas siasatan.

Advertisements

“Bagi melengkapkan kertas siasatan ini juga, SPRM telah memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk hadir ke ibu Pejabat SPRM pagi ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

SPRM membuka kertas siasatan kes rasuah membabitkan KFA setelah menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dikatakan akan memberi projek-projek di negeri itu.

Advertisements

Namun, selepas disiasat SPRM mendapati dana itu dipercayai sebagai ganjaran bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan projek pembinaan dan perkhidmatan di Kedah.

Sebelum ini, pihak KFA mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Zulkifli Che Haron telah ditahan reman untuk siasatan, namun dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai memberi keterangan bersama tiga individu lain.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Hishamuddin Hashim berkata maklumat yang terperinci tidak dapat di war-warkan kepada umum kerana ianya sulit.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram