Saingan Shopee Cup musim 2026/27 menyaksikan 14 pasukan bakal bersaing sengit di peringkat kumpulan.
Ini berdasarkan cabutan undi peringkat kumpulan membabitkan 16 pasukan yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada Jumaat.
Shopee Cup kali ini lebih meriah dengan kehadiran beberapa pasukan baharu seperti Kuching CIty FC (Malaysia), Persib Bandung (Indonesia) dan Ratchaburi FC (Thailand).
Juara bertahan, Buriram United dijangka berdepan cabaran dalam Kumpulan A. Ini kerana mereka akan berdepan tentangan Kuching City, Ratchaburi, Tampines Rovers, Borneo FC, juara Vietnamese Cup dan pemenang aksi playoff pertama .
Kelab gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga berdepan cabaran hebat dalam Kumpulan B. Selain JDT, Persib, Port FC, PKR Svay Rieng FC, pemenang aksi playoff kedua dan naib juara edisi musim 2024/25, Cong An Ha Noi FC (CAHN FC) turut berada dalam kumpulan sama.
Empat pasukan akan berentap untuk merebut baki dua slot kumpulan. Empat pasukan itu ialah Manila Digger (Filipina), Ezra FC (Laos), Shan United (Myanmar) dan Kasuka (Brunei).
Dua pasukan terbaik yang melepasi pusingan playoff akan mengisi baki slot kedua-dua kumpulan kejohanan. Kasuka akan menentang Manila Digger dengan Ezra pula menentang Shan United.