Keraian Gol ‘Save Gaza’ Dihukum Pengadil
MakanBola
Dewa United
Sponsors

Sejak kebelakangan ini, banyak pihak mula bersuara mengenai kesengsaraan yang dihadapi rakyat Palestin selepas serangan bertali arus yang dilancarkan oleh tentera negara haram Israel.

Jika sebelum ini kumpulan penyokong kelab-kelab di eropah dan asia mula mengibarkan bendera Palestin ketika perlawanan berlangsung, namun berbeza buat pemain Dewa United, Majed Osman.

Ad

Majed Osman telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan selepas menjaringkan gol ketika perlawanan Liga 1 Indonesia menentang PSM Makassar.

Ad

Kad kuning tersebut dilayangkan ke atas Majed Osman pada minit ke-9 perlawanan kerana pemain antarabangsa Lubnan itu membuka jersinya demi memaparkan tulisan ‘Save Gaza’ yang ditulis di kemeja-T yang dipakai.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1 dengan gol penyamaan PSM dijaringkan oleh Victor Mansaray pada minit ke-29.

Ad

Biarpun Majed dilayangkan kad kuning, pastinya kepuasan bagi dirinya sudah terlaksana selepas berjaya menyampaikan solidariti kepada saudara-saudara di Palestin yang terseksa dek kerana kekejaman tentera Zionis laknatullah.

Ad