Kerana Kalah, Jurulatih Ghana Diserang Penyokong
Dunia
FA Ghana
Advertisements

Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 dikejutkan dengan insiden penyokong menyerang jurulatih Ghana, Chris Hughton semalam.

Insiden ini tercetus selepas pasukan yang diberi jolokan The Black Stars itu tewas mengejut kepada pasukan kerdil, Cape Verde dalam aksi pembukaan Kumpulan B.

Akhbar Daily Mail melaporkan sebaik pasukan itu tiba di hotel penginapan rasmi mereka, penyokong tersebut cuba menyerang Hughton.

Advertisements

Bekas pengendali Brighton itu bernasib baik apabila penyokong Ghana berkenaan ditahan pegawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis.

Insiden ini tular di media sosial dengan ramai penyokong Ghana menyelar tingkah laku si pelaku. Pengguna X, Jason Lee yang menggunakan akaun @ForeverOUFC menyifatkan insiden ini mencemarkan imej bola sepak.

Advertisements

Ini kerana meskipun sesebuah pasukan kalah dalam perlawanan, itu tidak memberi hak kepada penyokong untuk melakukan tindakan ganas ke atas pemain dan jurulatih.

“Anda tahu ini sesuatu yang buruk apabila Chris Hughton diserang penyokong. Kenapa anda perlukan lakukan perkara sebegitu rupa?!

Advertisements

“Tidak kira apa saja keputusan perlawanan, tiada sesiapa pun patut melalui perkara sebegitu,” katanya di X seperti yang dipetik FanBanter.

Cape Verde pada awalnya mendahului menerusi pemain kelab San Jose Earthquakes, Jamiro pada minit ke-17.

Advertisements

The Black Stars kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-56 menerusi bek tengah Fenerbahce, Alexander Djiku. Cape Verde memastikan kemenangan menerusi Garry Mendes Rodrigues pada minit akhir perlawanan.

Ini kekalahan keempat yang dialami Ghana dalam enam perlawanan antarabangsa. Sebelum itu, The Black Stars juga mengalami kekalahan mengejut di tangan Comoros dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada November 2023.

Kekalahan terbaru ini bakal memberi lebih banyak tekanan kepada Hughton untuk memacu Ghana layak ke pusingan 16 terbaik AFCON 2023.

Selain Ghana dan Brighton, Hughton juga pernah membimbing Newcastle United, Norwich City, Birmingham City dan Nottingham Forest.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram