Kesilapan Jordi Amat Berdepan Filipina Undang Padah
Piala Dunia
MakanBola
Timnas Indonesia
Advertisements

Pertahanan elit pasukan kebangsaan Indonesia, Jordi Amat kembali mencuri perhatian apabila tindakannya beraninya telah menyebabkan Indonesia terlepas peluang untuk meraih tiga mata menentang Filipina.

Pemain berusia 31 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama Shin Tae-yong berdepan pasukan ke-141 dunia itu selepas dibelasah Iraq pada aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Beliau sebelum ini melakukan kesilapan besar apabila menjaringkan gol sendiri berdepan Iraq tatkala dibelasah Iraq dengan keputusan 5-1.

Aksi terbaru ini menyaksikan bekas pertahanan Swansea City itu telah ‘membantu’ The Azkals untuk menjaringkan gol pembukaan perlawanan menerusi rembatan Patrick Reichelt.

Advertisements

Beliau cuba untuk membawa bola ke hadapan namun tindakannya berjaya disekat lawan sebelum satu hantaran lolos Kevin Ingreso berjaya menemui penyerang KL City itu.

Advertisements

Anak buah Shin Tae-yong bagaimanapun lega apabila penyerang berbisa Sabah FC, Saddil Ramdani kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

Indonesia kehilangan -5.81 mata FIFA selepas tewas satu aksi dan seri satu pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia sekaligus menyebabkan pasukan turun kw tangga 146 dunia.

Advertisements

Video penuh: Kesilapan Jordi Amat

News Comments Account