Harry Maguire Jadi Bualan Di Parlimen Ghana
TV
Manchester United
Advertisements

Nama bek tengah England, Harry Maguire kembali tular di media sosial selepas namanya disebut di Parlimen Ghana baru-baru ini.

Ini selepas ahli parlimen Isaac Adongo memohon maaf kepada bek tengah Manchester United itu kerana menjadikannya sebagai contoh ketidakcekapan prestasi kerajaan negara itu.

Ucapannya yang menyamakan prestasi naib presiden Ghana, Mahamadu Bawumia dalam mengendalikan ekonomi negara itu dengan Maguire tular di media sosial pada tahun lepas.

Advertisements

Bagaimanapun, prestasi baik bek tengah England itu mendorong Adongo untuk memohon maaf secara terbuka kepada beliau.

“Saya memohon maaf kepada Harry Maguire. Beliau telah bangkit dan menjadi seorang pemain yang menunjukkan peningkatan dari segi prestasi. Beliau kini tonggak utama Manchester United,” katanya.

Video ucapan permohonan maaf Adongo menarik perhatian ramai di media sosial termasuk Maguire.

Advertisements

Lantas, bekas bek tengah Leicester City itu menyatakan bahawa beliau bukan saja menerima permohonan maaf ahli politik Ghana itu.

Malah, Maguire bersedia mengalu-alukan kehadiran beliau di Old Trafford pada bila-bila masa.

“MP Isaac Adongo, permohonan maaf (anda) diterima. Jumpa anda di Old Trafford nanti,” katanya di X.

Advertisements

Bek tengah England itu kembali menyertai The Red Devils sebagai persiapan menentang Everton pada awal pagi Isnin ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram