Kesilapan Pertahanan Kembali Hantui Indonesia
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Kesilapan mudah kembali menghantui Indonesia dalam aksi kedua pemanas badan pra-Piala Asia 2023 menentang Libya semalam.

Sebelum ini, dua kesilapan yang dilakukan bek tengah muda Wolverhampton Wanderers, Justin Hubner mengakibatkan Indonesia dibelasah The Knights of Mediterranean 4-0 dalam aksi pemanas badan pertama pada 2 Januari lalu.

Kini, giliran bek tengah Persija Jakarta Rizky Ridho Ramadhani pula yang bernasib malang semalam.

Advertisements

Cubaan Rizky menghantar kembali bola kepada penjaga gol Ernando Ari pantas dipintas penyerang veteran Libya, Ahmed Ekrawa.

Penyerang berusia 34 tahun itu kemudiannya berjaya mengatasi cabaran Ernando sebelum melepaskan rembatan ke arah gawang.

Tim Garuda menyangka nasib mereka lebih malang apabila dibolosi buat kali ketiga menerusi Fadel Mansour pada babak kedua. Bagaimanapun, gol tersebut tidak dikira pengadil kerana penyerang Libya itu berada pada kedudukan ofsaid.

Advertisements

Gol Ekrawa sudah cukup memastikan Indonesia tewas kepada Libya buat kali kedua dengan keputusan 2-1 semalam.

Kesilapan sebegini bakal merungsingkan jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong selepas melihat pasukan itu dibolosi lagi dalam empat perlawanan antarabangsa.

Sebelum ini, gol sendiri Jordi Amat menyumbang kepada kekalahan besar 5-1 di tangan Iraq. Ini disusuli satu lagi kesilapan yang dilakukan beliau yang mengakibatkan Indonesia seri 1-1 dengan Filipina.

Advertisements

Indonesia menutup aksi pemanas badan menentang Iran pada 9 Januari ini. Selepas itu, mereka akan membuka kempen Kumpulan D menentang Iraq pada 15 Januari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram