Jaringan Persis Lagenda United, Ketenangan David Da Silva Julang Terengganu
Dunia
DDS on FIRE!
Advertisements

Penyerang Import Terengganu FC, David Da Silva ternyata berada dalam kelas tersendiri setelah berjaya meledak jaringan dalam dua perlawanan berturut-turut untuk menjulang pasukan kendalian Nafuzi Zain dalam usaha untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim.

Da Silva yang menjadi taruhan pasukan untuk merobek gawang gol lawan tatkala beliau baru sahaja menemui rentak setelah dilihat kurang efektif dalam merencanakan gerakan serangan dalam 3-4 perlawanan sebelum ini.

Sungguhpun begitu, beliau dilihat cukup bersedia untuk memberikan segalanya pada malam ini apabila rajin untuk melakukan bantuan kepada rakan sepasukan untuk bertahanan dan pantas untuk menjana serangan melalui trio serangkai bersama Faiz Nasir dan juga Faisal Halim.

Advertisements

Hasilnya, penyerang import berusia 31 tahun ini berjaya menjaringkan gol pendahuluan pasukan untuk meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-12. Tumpuan terarah kepada beliau disebabkan ketenangannya mengawal bola dalam situasi kelam-kabut dalam kotak penalti lawan untuk meletakkan Terengganu di hadapan.

Aksi beliau yang tidak terburu-buru sungguhpun adanya asakan daripada pertahanan pasukan Sri Pahang dilihat persis dengan penyerang lagenda Manchester United, Dimitar berbatov. Penyerang kelahiran Bulgaria itu sememangnya terkenal dengan ketenangan dan kebijaksaannya menjaringkan gol sungguhpun tidak mempunyai skill dan juga kelajuan di atas padang.

Ia sekaligus menjadi bualan segelintir penyokong pasukan Terengganu yang memuji ketenangan yang dimiliki penyerang berjersi 14 itu yang tidak mensia-siakan usaha rakan sepasukan. Namun begitu, aksi beliau tidak dapat bertahan dengan lama di atas padang setelah mengalamni kecederaan. Akhirnya, Hakimi Abdullah masuk untuk mengisi kekosongan tersebut.

Advertisements

Kini, status kecederaan yang dialami oleh pemain itu masih tidak dapat disahkan. Namun begitu, kehilangannya pasti memberi tamparan yang hebat dalam percaturan Nafuzi Zain untuk baki singan Liga Super musim ini.

Lihat jaringan David da Silva (DDS) yang amat berkelas dunia.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram