KFA Sayang Presiden – Tolak Permohonan Perletakan Jawatan Sanusi
Dunia
Advertisements

Selepas menghantar surat permohonan perletakan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) beberapa hari lepas, Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor dipastikan akan kekal menjawat jawatan sebagai presiden setelah Jawatankuasa Eksekutif KFA membuat keputusan sebulat suara untuk menolak hasratnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden KFA, Dato Haji Abdul Rahman, keputusan dilakukan Jawatankuasa Eksekutif KFA itu berlandaskan rekod pentadbiran Sanusi yang cukup baik dalam mengendalikan isu berbangkit dalam pasukan dan juga dalam mengurus tadbir KFA.

“Tiada sebab untuk kita menerima hasrat YAB Presiden untuk meletak jawatan selepas beliau berjaya menyelesaikan beberapa masalah dalaman pasukan dan berjaya memotivasikan kembali pasukan Kedah sehingga berjaya menjadi antara kedua terbaik dalam Malaysia,” katanya.

Advertisements
https://twitter.com/LaBolaBet/status/1282555821809963009?s=20

Difahamkan, hasrat Sanusi untuk meletak jawatan sebelum ini kerana ingin memberi laluan kepada tokoh yang lebih layak dan juga kerana mempunyai kaitan dengan masalah tunggakan gaji pengurusan lama yang masih tidak diselesaikan sehingga hari ini.

Pasukan Kedah FA sebelum ini mengalami masalah kewangan yang kronik sehingga tidak dapat membayar gaji pemain lebih daripada lima bulan.Ini memaksa pengurusan baharu yang diterajui Sanusi bertanggungjawab untuk menyelesaikan tunggakan tersebut yang dianggarkan berjumlah RM 14 Juta.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram