Khalid Ali Anggap Kehadiran Feichtenbeiner Tidak Beri Apa-Apa Perubahan
Dunia
Azmaidi Abidin
Advertisements

Lagenda bola sepak negara, Khalid Ali menyatakan bahawa kehadiran Feichtenbeiner tidak memberi apa-apa kesan yang positif kepada pasukan Selangor FC walaupun beliau mempunyai pemain yang bagus dalam kelab.

Bekas pemain Selangor itu menjelaskan sebagai jurulatih yang diberi kepercayaan haruslah ada perubahan positif yang dibuat pada pasukan. Namun sekiranya situasi yang sama berlaku tukar sahaja dengan jurulatih yang lebih mampu membuat perubahan.

Khalid juga dilihat risau dengan situasi yang dialami pasukan kesayangannya itu, apatah lagi Selangor turut dihimpit rekod kemarau kejuaraan yang membimbangkan selepas enam tahun menamatkan saingan Liga Malaysia tanpa piala.

Advertisements

“Saya tak nampak ada perubahan dari tahun ke tahun, dan itu yang menjadi masalah kerana beliau (Feichtenbeiner) ada pemain yang baik tapi tidak boleh memotivasikan mereka bermain lebih baik daripada sebelumnya.”

“Sebagai jurulatih mesti ada perubahan positif yang dibuat pada pasukan, tetapi kalau corak permainan masih sama macam dulu saya rasa tiada makna kita simpan jurulatih seperti itu,” katanya.

“Mereka (pemain) bermain corak permainan bersendirian, tidak bolehlah begitu, sepatutnya bermain sebagai satu pasukan tetapi saya tak nampak ia berlaku, berdasarkan pergerakan pemain. Saya nampak jika pemain A pergi, pemain B dan C tidak langsung menyokong. Ia sangat ketara,” katanya kepada Bernama.

Advertisements

Sebagai rekod, Selangor memulakan kempen musim 2022 dengan keputusan seri 3-3 menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras pada 4 Mac, sebelum melakar kemenangan 6-0 ke atas wakil Liga M3, Harini FT pada aksi pusingan pertama Piala FA, Jumaat lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram