Khalid Samad Seru Aura Final KL City Menjelma
Piala FA
KL City FC
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad yakin dengan kemampuan para pemain KL City bagi menoktahkan aksi berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pertembungan final Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan aksi ini seakan ulangan kepada final Piala Malaysia pada tahun 2021.

Mengulas lanjut, beliau melaungkan keyakinan untuk melihat persembahan terbaik daripada anak didik Bojan Hodak.

Advertisements

Sungguhpun berdepan dengan skuad terbaik Harimau Selatan yang tidak tewas dalam sebarang aksi musim ini, Khalid Samad optimis dengan persiapan pasukannya menjelang aksi penting tersebut.

Beliau sedar akan tentangan hebat yang bakal dijelmakan JDT namun tidak akan sesekali berputus asa.

Advertisements

“Semua orang pasti menjangkakan JDT akan maju namun saya percayakan pemain dan barisan kejurulatihan KL City.”

“Kita sudah kalahkan mereka (JDT) sebelum ini. Walaupun tidak kalah lagi pada musim ini, kita yakin bahawa KL City hanya mampu tewaskan JDT,” jelasnya dalam satu sidang media.

Advertisements

Khalid juga memaklumkan bahawa KL City akan turun selaku pasukan bukan pilihan namun akan terus memberikan tentangan terbaik kepada tuan rumah.

Sebagai rekod, dua pertemuan terakhir saingan Liga Super menyaksikan KL City tewas keduanya dengan keputusan 6-1 dan 3-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram