Khidmat Akhyar Rashid Mungkin Kekal Ditagih JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Muhammad Akhyar bin Abdul Rashid dikhabarkan akan terus kekal sebagai pemain Johor Darul Ta’zim.

Sebelum ini, kekurangan minit permainan menjadi antara faktor terbesar Akhyar dikaitkan dengan perpindahan. Ada dakwaan yang menyatakan beberapa kelab di Liga-M berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun ini.

Bagaimanapun dalam satu sesi Live di Tiktok wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menyatakan bahawa JDT masih berminat untuk mengikat pemain dari Kedah itu. Namun Zulhelmi tidak menyangkal dakwaan yang menyatakan bahawa Akhyar bakal dipinjamkan.

Advertisements

“Akhyar Rashid akan kekal ke JDT, tapi kekal tak bermaksud dia akan bermain untuk JDT. Boleh jadi dia dipinjamkan,” ujar Zulhelmi.

Isu perpindahan ini juga boleh dipengaruhi oleh faktor pemain di JDT yang mana bakal menyukarkan Akhyar untuk terus merebut tempat berada dalam skuad utama Harimau Selatan.

Sebarang kemungkinan boleh berlaku kerana jika disemak menerusi laman sesawang Transfermarkt, kontrak Akhyar Rashid bersama JDT bakal berakhir pada 30 November 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram