Advertising
Kiatisuk Senamuang Bakal Bimbing Skuad Muda Thailand?
MakanBola
Cong An Ha Noi FC

Bekas jurulatih Cong An Ha Noi (CAHN), Kiatisuk Senamuang berpotensi membimbing pasukan Thailand Bawah 23 Tahun (B-23).

Nama legenda Thailand itu menjadi sebutan peminat bola sepak Asia Tenggara apabila mengumumkan perletakan jawatan mengejut sebagai jurulatih pasukan itu semalam.

Ad

Meskipun telah membimbing CAHN selama empat bulan, Kiatisuk merasakan sudah tiba masanya untuk beliau pulang ke tanah air.

Ad

Bekas penyerang Perlis itu telah berkelana di bumi Vietnam selama empat tahun sejak 2020. Selain CAHN, Kiatisuk pernah membimbing kelab Hoang Anh Gia Lai (HAGL).

Kini, portal The Thao 247 mendedahkan namanya antara dicanang sebagai calon pengendali baru skuad Thailand B-23.

Ad

Jawatan tersebut kosong selepas jurulatih sebelumnya, Issara Sritaro mengundur diri selepas skuad muda Gajah Perang gagal layak ke suku akhir Piala Asia B-23 2024 di Qatar.

Ad

Kiatisuk bukan asing dengan peranan berkenaan. Ini kerana beliau pernah membimbing skuad Thailand B-23 dari tahun 2013 hingga 2016.

Ad

Tempoh itu menyaksikan skuad muda Gajah Perang meraih pingat emas Sukan SEA 2013 dan tempat keempat Sukan Asia 2014.

Dengan Thailand bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA yang berlangsung pada tahun hadapan, pasukan itu bakal menjadi sandaran untuk merebut pingat emas acara bola sepak.

Indonesia muncul pemenang pingat emas acara itu selepas menewaskan Thailand 5-2 dalam masa tambahan di pentas final Sukan SEA 2023.