Advertising
Kien Kiat & Boon Heong Dalam Radar BAM
UltraSukan
UltraSukan
KKK/TBH

Bekas pemain beregu nombor satu dunia, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong kini berada dalam radar Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ini selepas Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky memaklumkan nama mereka berada dalam senarai jurulatih yang berpotensi menggantikan jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen.

Ad

Bin Shen bakal meninggalkan BAM selepas tamat tugasannya dalam saingan Malaysia Open 2025. Beliau dijangka bakal bergabung dengan bekas Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann di Hong Kong.

Ad

“Jadi, kita lihat juga (latar belakang) mereka. Macam Tan Boon Heong, beliau mengendalikan akademi dan ada pengalaman. Koo Kien Kiat pula pernah bergelar beregu nombor satu dunia.

“Jadi, mereka dari segi pengalaman sudah tentu ada. Lee Wan Wah juga sekarang jadi jurulatih di Jepun. Ada beberapa nama yang kita bisa lihat,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Ad

Kien Kiat dan Boon Heong bukan asing dalam kalangan peminat badminton Malaysia. Ini kerana gandingan mereka pernah menjadi antara regu lelaki yang cukup digeruni di atas gelanggang.

Ad

Gandingan Kien Kiat-Boon Heong pernah meraih pingat emas Sukan Asia 2006, naib juara BWF World Championships 2010 dan juara All England Open 2007.

Ad

Sebelum ini, nama Herry Iman Pierngadi, Flandy Limpele dan Paulus Firman dicanang antara calon pengganti Bin Shen. Pengganti rasmi Bin Shen dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.