Kiko Insa: JDT Adalah Pilihan Pertama Semua Orang, Termasuk Pemain Baru Kamu
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Sebuah tangkap layar memaparkan pendedahan sebenar perbualan antara Kiko Insa dan juga ejen yang difahamkan menguruskan pemain baharu Selangor FC, Nooa Laine.

Pengumuman terbaru oleh The Red Giants menyaksikan pemain kelahiran Finland itu kini menjadi milik Selangor secara pinjaman dari kelab Finland, SJK Seinajoki.

Ad
Sponsors

Pelbagai respon yang berlegar dalam kalangan pengguna media sosial susulan khabar angin kuat bahawa pemain itu akan menyertai JDT.

Ad

Hal ini susulan pendedahan menerusi komen yang ditinggalkan oleh pemilik kelab JDT, DYAM TMJ baru-baru ini yang menyatakan bahawa pemain berusia 22 tahun itu akan menyertai Harimau Selatan.

Keadaan ini mengejutkan selepas pemain tersebut akhirnya menandatangani kontrak bersama pasukan lain di Liga Super.

Ad

Ejen terkemuka pemain JDT, Kiko Insa bagi Insa Project Global Group memaparkan tangkap layar berkenaan perbincangan bersama ejen Nooa Laine.

Ad

Sungguhpun perbincangan awal diadakan antara dua pihak, ejen tersebut difahamkan cuba mencipta perang bidaan seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO JDT, Alistair Edwards.

Ad

Ejen tersebut juga mendedahkan bahawa Nooa Laine sendiri cuba menghubungi Kiko Insa secara terus untuk menyertai JDT namun tidak mendapat respon.

“Hi Kiko, saya difahamkan bahawa Nooa cuba untuk menghubungi kamu. Sekiranya kami tidak memdengar apa-apa dalam masa 4 jam, kami menganggap tidak ada minat daripada pihak kalian (JDT) untuk memuktamadkannya.”

“Kami akan pergi menandatangani bersama Selangor,” ujar perbualan dalam laman Whatsapp tersebut.

Copy of Untitled Design 15 Kiko Insa: JDT Adalah Pilihan Pertama Semua Orang, Termasuk Pemain Baru Kamu

JDT juga kini memiliki 4 pemain berkaliber tinggi untuk mengisi posisi pemain tengah bertahan seperti Jalil Elias, Hong Wan, Syamer Kutty dan juga Natxo Insa.

JDT mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan sekitar 40 peratus bagi saingan musim 2024/25 dengan melepaskan beberapa pemain dan staf.