Kim Pan-gon Bina Skuad Tanpa Pemain JDT & Selangor
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mencongak percaturan tanpa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC pada bulan November nanti.

Hal ini susulan pertembungan Asean Championship Mitshubishi Electric Cup 2024 dan juga kejohanan kelab Asia yang disertai oleh dua wakil Malaysia ini.

Ad

JDT beraksi dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala The Red Giants selaku naib juara Liga Super 2023 akan menempuh saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Ad

ACLE dijangka akan berlangsung bermula 25 November dan perlawanan turur diadakan pada awal Disember memungkinkan pemain Harimau Selatan tidak akan memperkuat pasukan kebangsaan.

Asean Mitsubishi Electric Cup 2024 pula dijadualkan berlangsung pada 23 November hingga 21 Disember 2024 sekaligus menghalang pasukan kebangsaan untuk membawa barisan terbaik tatkala kejohanan ini berada di luar kalendar FIFA.

Ad

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin juga memaklumkan bahawa terdapat kemungkinan besar pemain JDT dan Selangor tidak dapat membantu Harimau Malaya pada Piala AFF 2024.

Ad

“Pemain JDT dan Selangor tidak akan dipanggil ke Piala AFF kerana jadual bertembung dengan aksi peringkat Asia.

Ad

“Kim Pan-gon sudah tahu kekangan ini dan dia sudah pun memiliki perancangan tersendiri. Dia akan melihat dan mungkin skuad ini akan dicampurkan dengan pemain Malaysia B-23,” jelas Hamidin kepada MakanBola.

Hal ini memungkinkan watak penting seperti Syihan Hazmi, Corbin-Ong, Matt Davies, Arif Aiman, Faisal Halim dan juga Shahrul Saad tidak dapat memperkuat skuad negara.

Pada edisi 2022, Malaysia berjaya mara ke pentas separuh akhir namun tunduk di tangan Thailand dengan agregat 3-1.