Advertising
Gabungan Pemain Senior & Junior Jadi Sandaran Malaysia Di Piala AFF 2024
MakanBola
FA Malaysia

Gabungan pemain senior dan junior dijangka bakal menjadi taruhan Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon di Piala AFF 2024.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berdepan tekanan susulan dua kekalahan kepada pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0.

Ad

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu temu bual bersama MakanBola bagaimanapun optimis dengan kemampuan skuad negara untuk terus memberikan yang terbaik.

Ad

Beliau bagaimanapun memberi bayangan bahawa jurulatih berusia 55 tahun itu terpaksa mencongak percaturan yang lebih baik pada kempen Piala AFF atau kini dikenali sebagai ASEAN Mitshubishi Electric Cup 2024.

Hal ini susulan pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor tidak akan dilepaskan susulan jadual yang bertembung dengan aksi kelab peringkat Asia (ACLE) dan (ACL).

Ad

“Pemain JDT dan Selangor tidak akan dipanggil ke Piala AFF kerana jadual bertembung dengan aksi peringkat Asia.

Ad

“Kim Pan-gon sudah tahu kekangan ini dan dia sudah pun memiliki perancangan tersendiri. Dia akan melihat dan mungkin skuad ini akan dicampurkan dengan pemain Malaysia B-23,” jelas Hamidin kepada MakanBola.

Ad

Malaysia akan beraksi dalam kempen Piala AFF 2024 yang bermula pada 23 November sehingga 21 Disember 2024.

Pada edisi 2022, Malaysia berjaya mara ke pentas separuh akhir namun tunduk di tangan Thailand dengan agregat 3-1.