Tiada Pemain Warisan Berjaya Pikat Hati Kim Pan-gon
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Tiada seorang pun pemain warisan baharu yang berjaya mengikat ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu baru sahaja selesai tugasan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Oman.

Nasib bagaimanapun tidak memihak kepada pasukan negara apabila tewas 0-2 dalam kedua-dua perlawanan menentang pasukan ke-77 dunia itu.

Advertisements

Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada skuad negara terutamanya dalam misi untuk layak secara merit ke Arab Saudi.

Peningkatan mendadak pasukan jiran, Indonesia terutamanya selepas kehadiran beberapa pemain warisan yang berkelana dengan pasukan luar negara telah membantu prestasi Sang Garuda.

Advertisements

Ketika sesi temu bual eksklusif bersama MakanBola, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa tiada permintaan oleh Kim Pan-gon untuk membawa mana-mana pemain warisan beraksi bersama pasukan kebangsaan.

“Apa yang saya beritahu kepada barisan kejurulatihan, pemain warisan yang mahu diambil mesti ada kualiti, bukan kerana mereka warisan semata-mata. Pada akhirnya, mereka (jurulatih) yang bakal menentukan pemain yang dipanggil.

Advertisements

“Mana-mana pemain sama ada warisan atau tidak, yang layak bermain dia akan bermain.

Hamidin juga memberikan kuasa penuh kepada barisan kejurulatihan untuk menentukan barisan pemain yang mahu dipanggil bagi menggalas cabaran negara.

Advertisements

“Warisan atau tidak, kalau beliau (Kim Pan-gon) rasa terbaik pilihlah. Jika beliau rasa Stuart Wilkin layak berbanding pemain lain, maka beliau panggil.

“Kim Pan-gon tak ada memberikan saya mana-mana pemain warisan secara khusus,” jelas Hamidin ketika sesi temu bual eksklusif bersama MakanBola.

Malaysia akan meneruskan perjuangan menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei pada bulan Jun 2024 bagi menyalakan harapan ke Piala Asia 2027.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram