Kim Pan-gon Dedah Punca Sebenar Tak Jadi Bawa Hong Wan Ke Singapura

Kim Pan gon 7 Kim Pan-gon Dedah Punca Sebenar Tak Jadi Bawa Hong Wan Ke Singapura
FA Malaysia
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah pun menjelaskan situasi sebenar mengenai keputusannya untuk meninggalkan tiga ‘ubi muda’ Harimau Malaya sebelum berlepas ke Singapura.

Beliau ketika ditemu bual menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah membuat penilaian teliti mengenai beberapa aspek sebelum mengambil keputusan untuk tidak membawa para pemain tersebut.

Tiga orang pemain yang dimaksudkan ialah pemain tengah JDT, Hong Wan, pertahanan Selangor FC, Shahrul Nazeem dan juga pemain sayap Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

Namun begitu, menurut penjelasan jurulatih berusia 52 tahun itu, keputusan untuk tidak membawa ketiga-tiga pemain ini atas faktor keadaan fizikal dan juga tahap kecergasan.

‘Saya fikir ia juga adalah disebabkan faktor keadaan (kecergasan), di mana ada daripada mereka kelihatan tubuhnya tidak dapat menghadapi perlawanan kali ini.’

‘Jadi, kami cuba untuk melindungi pemain dan kami membantu mereka untuk pulang ke kelab masing-masing bagi menjalani pemulihan.’

Selain itu, Pan-gon juga menegaskan keputusan ini diambil tidak berkaitan dengan komitmen dan juga kebolehan para pemain ini disebabkan mereka sudah pun memberikan yang terbaik ketika menjalani latihan selama 8 hari bersama Harimau Malaya.

‘Tiada sebab selain itu, mereka telah melakukan yang terbaik dan telah menunjukkan komitmen dan sikap profesional tetapi atas faktor kecergasan, di mana mereka berasa sedikit ketidakselesaan, jadi mereka tidak dapat bersama pasukan,’ -katanya dalam satu temubual.

Malaysia akan memulakan saingan di Singapura dengan berdepan Filipina malam ini sebelum menghadapi tuan rumah tiga hari kemudian.