Kim Pan-gon Mahu Malaysia Bina Identiti Dahagakan Kemenangan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu membentuk sebuah skuad yang mempunyai mentaliti untuk terus dahagakan kemenangan dalam setiap perlawanan yang ditempuhi.

Menerusi satu sidang media oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Pan-gon menjelaskan secara terperinci mengenai keputusan pemilihan 30 pemain yang bakal dibawa ke Singapura hujung bulan ini.

Jurulatih berusia 52 tahun itu menegaskan, beliau telah pun berbincang dan menilai pemain berdasarkan kepada prestasi semasa Liga Malaysia selepas berlangsungnya 2 aksi saingan Liga Super.

Advertisements

Bukan itu sahaja, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu juga menggunakan maklumat tambahan berdasarkan kepada stastistik lepas dan jumlah minit permainan dalam perlawanan antarabangsa dari 2019 dan 2021.

‘Kami telah mengenal pasti hampir 70 pemain sebelum mengurangkannya kepada pemain-pemain yang kami percaya sesuai dengan falsafah permainan dan pelan taktikal kami.’

‘Kami tidak mungkin 100 peratus tepat, tetapi kami akan menganalisa keupayaan mereka dari segi teknikal, taktikal dan tingkah laku profesionalisme.’

Advertisements

Beliau juga yakin apabila lebih banyak perlawanan yang disaksikan, barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya akan lebih mudah untuk mengenal pasti para pemain yang dirasakan sesuai dengan penerapan taktikal pasukan.

‘Selepas kem ini, sehingga Jun, kami mempunyai banyak peluang untuk melihat perlawanan liga setiap minggu, jadi kami mungkin mendapatkan maklumat yang lebih banyak mengenai pemain dari semasa ke semasa.’

Malah, Pan-gon juga sudah pun mengenal pasti perancangan khusus buat pasukan negara apabila membahagikannya kepada dua iaitu pelan jangka pendek dan juga pelan jangka panjang.

Advertisements

Sasaran utama ketika ini adalah bagi membuat persediaan bagi Kelayakan Piala Asia pada Jun ini sebelum mahu memfokuskan untuk membina skuad buat masa hadapan.

Beliau mahu membina satu model permainan pasukan kebangsaan Malaysia selain mahu mencari semula keyakinan pasukan.

Ini merupakan salah satu usaha bagi mewujudkan satu semangat berpasukan yang kuat dan mentaliti untuk menang.

Advertisements

Skuad Harimau Malaya dijadualkan untuk berhadapan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura pada 26 Mac dalam perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Singapura, sebelum bertemu pasukan Liga Singapura Albirex Niigata pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram