Kim Pan-gon Pantau Pemain JDT & KL City
Dunia
FAM/Johor Southern Tigers
Advertisements

Jurulatih baharu pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikhabarkan sudah pun memulakan tugasnya untuk melihat barisan pemain yang dirasakan layak untuk menyarung jersi kebangsaan.

Pengendali berusia 52 tahun itu dilaporkan berada di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor bagi menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kuala Lumpur City FC.

Menurut laporan oleh wartawan, Fadhirul Shuhaimi, Pan-gon turut disertai oleh barisan kejurulatihannya turun sendiri untuk melihat para pemain beraksi seterusnya membuat penelitian secara terperinci.

Advertisements

Sebelum ini, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu ada menyatakan bahawa beliau ingin melihat sendiri kemampuan para pemain tempatan.

Malah, beliau turut menekankan bahawa pemilihan pemain yang bakal membarisi kesebelasan utamanya tidaklah hanya tertakluk sama ada pemain itu adalah pemain tempatan, warisan mahupun pemain naturalisasi.

Pan-gon memiliki tugas yang besar apabila bakal membimbing Harimau Malaya dalam aksi persahabatan terlebih dahulu menentang Filipina dan juga Singapura pada Mac ini.

Advertisements

Beliau juga bakal menghadapi ujian sebenar di Kelayakan Piala Asia ketika Malaysia diundi bersama Bahrain, Turkmenistan dan juga Bangladesh dalam usaha merebut satu daripada 11 slot yang ditawarkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram