Kim Pan-gon Raikan Gol Malaysia Penuh Semangat Berdepan Negara Kelahirannya
Asia
Astro Arena
Advertisements

Selepas penantian selama 17 tahun, Malaysia akhirnya berjaya menjaringkan gol di pentas Piala Asia.

Malaysia bangkit mencipta kejutan apabila berjaya mengikat jaguh dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Pengendali Malaysia, Kim Pan-gon menzahirkan rasa teruja dan bangga dengan pencapaian anak buahnya di pentas Piala Asia kali ini.

Ketika Malaysia meledak gol pertama menerusi pemain sayap, Faisal Halim, Kim Pan-gon melompat gembira meraikan jaringan pertama Malaysia di pentas Piala Asia bagi edisi kali ini.

Advertisements

Pada minit ke-62 permainan, tiba giliran Arif Aiman Hanapi mencatat nama sebagai penjaring menerusi sepakan penalti. Kim Pan-gon saat itu seakan tidak percaya dengan jaringan yang dihasilkan anak buahnya.

Detik keajaiban buat Malaysia akhirnya hadir pada babak-babak akhir permainan, percaturan Kim Pan-gon membawa masuk pemain gantian Romel Morales membuahkan hasil. Romel meledak jaringan ketiga buat Malaysia sekaligus memastikan keputusan 3-3 diraih Malaysia.

Advertisements

Selepas ledakan daripada Romel Morales itu, Kim Pan-gon terus berlari meraikan jaringan bersama barisan kejurulatihan. Beliau dilihat begitu gembira meraikan malam gemilang buat kem Harimau Malaya.

Satu mata yang diraih Malaysia ini amat berharga biarpun Harimau Malaya tidak berjaya untuk ke pusingan 16 terbaik. Malaysia menamatkan kempen Piala Asia 2023 di kedudukan terakhir dalam carta Kumpulan E dengan satu mata diraih selepas tiga perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram