Kim Pan-gon ‘Simpan’ Arif Aiman Lawan Hong Kong
Dunia
FA Malaysia
Advertisements


Pemain sayap pasukan negara, Arif Aiman Hanapi dijangka bakal menjadi senjata rahsia Kim Pan-gon untuk berdepan Hong Kong Selasa ini.

Beliau yang turut berada dalam senarai 29 orang pemain yang dipanggil jurulatih kelahiran Korea Selatan ini tidak mendapat peluang untuk beraksi menentang Brunei lagi.

Walau bagaimanapun, kelibat beliau dilihat cukup penting untuk memberi impak bagi menajamkan lagi jentera serangan Harimau Malaya.

Advertisements

Malah, fleksibiliti beliau untuk beraksi di pelbagai posisi sayap termasuklah memainkan peranan yang cukup besar sebagai ‘wing back’ dalam sistem Benjamin Mora mampu diterjemahkan buat skuad kebangsaan.

Ini disebabkan jurulatih berusia 51 tahun itu turut menggunakan pendekatan yang hampir serupa apabila membarisan 3 pemain pertahanan tengah ketika menentang Brunei.

Dalam perlawanan itu, pertahanan kental JDT, Syahmi Safari memainkan peranan selaku pertahanan kanan namun impak yang mampu dibawa oleh Arif juga tidak diperkecilkan.

Advertisements

Anak jati kelahiran Maran, Pahang ini juga sedang menikmati prestasi terbaik dalam

kariernya juga apabil cemerlang merekodkan 5  bantuan gol dalam saingan Liga Super setakat ini.

Beliau juga menjadi nadi kemenjadian buat Harimau Selatan di pentas ACL apabila menjadi watak penting ketika merakam kemenangan ke atas Ulsan Hyundai.

Advertisements

Hantaran lintang anak muda ini telah menjadi pencetus kepada gol kemenangan JDT sekaligus membawa pasukan ke pusingan kalah mati.

Kematangan pemain ini pasti menjadi taruhan Pan-gon untuk membenam cabaran Hong Kong Rabu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram