Advertisements
Kim Pan-gon ‘Tabik’ Arif Aiman
ACL
MakanBola
FA Malaysia

Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon yakin pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi bakal menjadi salah seorang pemain terbaik Asia.

Pengendali berusia 55 tahun itu kembali ke Malaysia apabila bakal berdepan JDT bagi aksi keempat dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).

Tumpuan bagaimanapun terarah kepada persiapan kedua-dua pasukan dengan Ulsan HD terdesak untuk melakar kemenangan pertama selepas tiga kekalahan musim ini.

Beliau tidak lupa untuk memuji bekas anak buahnya, Arif Aiman sambil menganggap pemain muda itu bakal menjadi antara pemain terbaik di Asia.

“Ya, saya lihat aksinya (Arif Aiman) dan saya amat berbangga. Beliau beraksi dengan baik dalam beberapa perlawanan terakhir. Caranya menjaringkan gol juga amat menakjubkan.

“Dia tunjukkan kualitinya kepada Asia. Ya, dia telah membuktikan segalanya, lebih kuat dan matang berbanding sebelumnya. Tidak lama lagi, beliau akan menjadi salah seorang pemain terbaik di Asia,” jelasnya kepada Astro Arena.

Pengendali kelahiran Korea Selatan berharap agar sokongan terus diberikan kepada Arif Aiman untuk terus berkembang maju.

“Saya berharap agar semua pihak memberikan sokongan kepadanya untuk membantu dia menjadi lebih baik,” tambah Pan-gon.

Aksi antara JDT menentang Ulsan HD bakal berlangsung pada 5 November jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim.