Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon menerima tonik tambahan dalam misi memperkasa pasukan musim ini.
Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu dilantik untuk mengemudi Gergasi Merah Kuning dalam misi mempersiap pasukan untuk memburu slot ke Asia musim hadapan.
Pan-gon yang bersemangat untuk meningkatkan prestasi semasa Selangor FC bagaimanapun menerima tonik tambahn bersama pasukan
Hal ini selepas kelab Lembah Klang itu mengumumkan ketibaan pemain import baharu, Mahame Siby bagi jendela perpindahan kedua Liga Super 2025-26.
Tonggak berusia 29 tahun itu menyertai Selangor FC dari kelab Malmo FF dan memiliki pengalaman beraksi di Perancis, Sweden termasuklah negaranya, Mali.
Selangor sebelum ini telah melepaskan beberapa pemain seperti Zach Clough dan juga William Lira untuk membuka peluang buat pemain baharu masuk ke dalam pasukan.
The Red Giants kini menduduki tangga keempat Liga Super dengan 25 mata – 3 mata terpisah dengan Kuching City dan KL City FC di tangga kedua dan ketiga.
Dua ujian berikutnya buat Selangor adalah menentang Brunei DPMM pada 10 Januari dan Negeri Sembilan pada 14 Januari 2025 di laman sendiri.