Kim Pan-gon Yakin Harimau Malaya Sedia Cabar Kejuaraan Piala AFF
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon optimis dengan kemampuan anak didiknya selepas melihat undian yang berlangsung petang tadi.

Majlis Undian Rasmi yang berlangsung di Bangkok tersebut menyaksikan Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Myanmar dan juga Laos.

Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Korea Selatan ini sedar akan cabaran yang bakal dihadapi oleh pasukannya dengan saingan daripada setiap kumpulan yang bakal menjadi lawan Harimau Malaya.

Advertisements

“Ini undian yang baik buat kita (Malaysia).”

“Walaupun semua pasukan yang berada dalam kumpulan B ini amat kuat namun kami sudah pun bersedia,” jelasnya kepada Astro Arena.

Pan-gon juga menyedari akan cabaran daripada pasukan kendalian Park Hang-seo yang sememangnya sudah menjadi jaguh di rantau ini namun mahu anak buahnya kekalkan momentum baik yang telah dibentuk.

Advertisements

Malah, jurulatih berusia 52 tahun ini tidak mahu menandang mudah lawan seperti Singapura, Myanmar dan juga Laos yang mempunyai kekuatan tersendiri dalam kejohanan ini.

Ini juga bakal menjadi medan ujian kedua buat Pan-gon selepas beliau berhasil membantu Harimau Malaya untuk mara ke pentas Piala Asia beberapa bulan lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram