Kim Swee Seru Aura ‘Pemain ke-12’ Bantu Sabah Lakar Kejutan Ke Atas JDT
Dunia
Azri/ Makanbola
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee menuntut sokongan padu daripada para penyokong Sabah untuk membanjiri stadium menjelang pertembungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengendali berusia 51 tahun itu berkata, pasukannya amat memerlukan sokongan bagi memastikan moral para pemain dalam keadaan terbaik.

Malah, bekas jurulatih Harimau Muda ini juga sudah tentunya mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mencipta kejutan ke atas pasukan Harimau Selatan.

Advertisements

“Saya berharap agar para penyokong Sabah akan memenuhi stadium nanti.”

Malah, beliau juga sedang membuat percaturan terbaik buat pasukannya untuk berdepan dengan juara bertahan Liga Super itu.

“Kita akan kembali ke ke Kota Kinabalu dna menganalisis semula prestasi pasukan (berdepan Negeri Sembilan),” jelasnya dalam temubual tersebut.

Advertisements

Kim Swee juga menuntut aksi konsisten daripada anak buahnya kerana pada ketika ini, mereka baru sahaja melalui fasa pertama Liga Super.

Beliau tidak mahu para pemain Sabah lena dibuai mimpi sebaliknya terus berusaha gigih untuk mengekalkan momentum pasukan.

“Pemain kena yakin dengan kemampuan diri dan tidak boleh seperti yoyo.”

Advertisements

Sabah ketika ini menghuni tangga kedua Liga Super dengan mengumpul 22 mata, satu mata dipisahkan dengan JDT di tangga teratas liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram