“Kita Ni Mudah Lupa” – Hamidin
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui tidak melatah apabila mendengar seruan sesetengah pihak yang memintanya untuk berundur.

Seruan ini timbul susulan kegagalan skuad kebangsaan di pentas antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Skuad senior Malaysia berdepan kesukaran untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas dua kali kepada Oman pada Mac lalu.

Advertisements

Sementara skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) pula gagal mencapai objektif layak ke peringkat suku akhir Piala Asia B-23 2024 selepas terkandas di peringkat kumpulan.

Hal ini mendorong bekas Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan bahawa FAM memerlukan nafas baru untuk membantu bola sepak negara lebih berkembang.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Hamidin mengingatkan bahawa beberapa bulan sebelumnya, Harimau Malaya mendapat pujian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana menjadi antara lima pasukan yang meraih kenaikan ranking tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Beliau turut menyatakan proses kenaikan dan penurunan ranking sebagai proses normal bagi sesebuah pasukan yang ingin mendaki tangga kejayaan.

Advertisements

Atas sebab itulah, Hamidin meminta peminat bola sepak agar percaya dengan perancangan yang direncanakan badan induk bola sepak negara itu demi kemajuan skuad negara.

“Saya nak beritahu sedikit kepada semua sama juga dengan skuad kebangsaan, bila kita menang dengan India, menang dengan Kyrgyzstan, kita kalau boleh nak menang semua (terutama) dengan Oman dan Jordan.

Advertisements

“Di mana kita tak realistik di mana (kedudukan ranking) kita berada sekarang. Sama juga dengan proses peralihan ranking yang kita buat. Dalam kita menambah baik ranking kita, kita akan ada perubahan dan kalah dan menang, ada benda yang akan turun.

“Macam sekarang kita tengok Indonesia dalam keadaan baik. Mereka berada pada masa tepat untuk naik ke puncak. Tapi tiga bulan lepas kalau kita semua faham, FIFA memuji Malaysia lima pasukan terbaik dunia yang naik 40 ranking dalam tempoh dua tahun.

“Tapi kita ini kadang-kadang mudah lupalah. Jadi, kita ini nak menang dan masuk Piala Dunia. Tapi siapa pun yang memegang peranan itu semua kena ada panduan dan mesti ada perancangan.

“Perancangan bukan boleh menang terus. Saya akan pusing balik kepada pasukan B-23. Kita tengok sebelum B-23, kita kena tengok apa yang ada dalam F-30.

“Ikut F-30 kita, pastikan pasukan B-19, B-17 dan B-20 di bawah B-23 menempatkan diri dalam kalangan 16 pasukan terbaik. Kita sebelum ini pun jarang berada dalam 16 terbaik. Kita tak layak mengharungi pusingan 16 (pasukan terbaik).

“Lepas itu bila kita masuk pusingan 16, betullah kita pun nak masuk (layak ke Sukan Olimpik). Tapi kita kena realistik di mana kita berada sekarang,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur semalam.

FAM kini fokus untuk membantu skuad negara bersedia untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun ini.

Ini termasuk mengatur satu aksi pemanas badan sebelum Malaysia bertemu dengan Kyrgyzstan pada 6 Jun dan Taiwan pada 11 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram