“FAM Perlukan Perubahan” – Khairy Jamaluddin
FAM
Khairy Jamaluddin
Advertisements

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengalami perubahan.

Pandangan ini dinyatakan beliau selepas sesi perkongsian pengalaman bersama penyokong sempena Battle of the Reds yang berlangsung semalam.

Khairy melihat perubahan perlu dilakukan demi memastikan sukan bola sepak di Malaysia dapat terus berkembang untuk masa akan datang.

Advertisements

Beliau yang pernah menggalas jawatan Timbalan Presiden FAM dari 2007 hingga 2010 turut melihat badan induk tersebut perlu diterajui seorang figura korporat.

“Ini pandangan peribadi saya. Mungkin sudah tiba masanya perubahan di FAM. Saya rasa pengurusan sedia ada sudah buat kerja mereka.

Advertisements

“Tetapi oleh kerana kita nak lihat (perubahan) untuk tempoh lima (hingga) 10 tahun akan datang, saya rasa sudah masa untuk peralihan di FAM.

“Dari segi siapa itu, kita mungkin boleh pertimbangkan seseorang yang memiliki pengalaman pengurusan di luar sukan. Saya suka kalau orang berkenaan memiliki pengalaman dunia korporat.

Advertisements

“Sebab saya rasa daripada dunia korporat ini, komitmen kepada pengurusan (dan) tatakelola yang sangat bagus. Dan saya tak nak salahkan pengurusan sedia ada tetapi saya rasa pengurusan dan tatakelola (FAM) dapat dimantapkan lagi.

“Dan bila kita ada pengurusan, kepimpinan, visi dan perlaksanaan yang baik, saya percaya dan yakin ini akan membawa peningkatan kepada pasukan kebangsaan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena.

Advertisements

Arena bola sepak negara sebelum ini dikejutkan dengan pendedahan surat layang yang mendakwa wujud salah laku dalam FAM.

Lantaran itu, FAM kemudiannya mengumumkan semua tuduhan yang dibangkitkan akan disiasat oleh satu jawatankuasa bebas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram