Isu Surat Layang, FAM Ambil Tindakan Pantas Serta-Merta
FAM
FA Malaysia
Advertisements

Susulan isu surat layang yang mendakwa wujud salah laku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), badan induk bola sepak negara itu segera mengambil tindakan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi memaklumkan semua tuduhan salah laku ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Integriti FAM.

Jawatankuasa ini yang akan bertanggungjawab menyiasat isu yang ditimbulkan dalam surat layang tersebut termasuk dakwaan penyelewengan tender.

Advertisements

Jawatankuasa ini merupakan badan bebas dan turut dianggotai badan penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita telah pun berbincang dengan pengerusi (Jawatankuasa) Integriti, Tan Sri Aseh (Haji Che Mat). Kerana isu NGC (dan) tender itu semua, itu saya fikir benda besar dulu kerana itu membabitkan persepsi yang lebihnya.

“Jadi, kita di FAM ini selain Jawatankuasa Tender, kita juga ada Jawatankuasa Integriti yang melihat proses itu berlaku.

Advertisements

“Dan kita pun sudah berbincang dengan Pengerusi (Jawatankuasa) Integriti, kita serahkan kepada Integriti untuk melihat semula (proses). Sebenarnya (Jawatankuasa) Integriti sudah bersidang pun sebelum ini pasal tender apa semua.

“Tapi kita akan lihat semula dan dengar selepas Pengerusi (Jawatankuasa) Integriti dan ahli jawatankuasanya mengambil tindakan-tindakan yang perlu,” katanya seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom semalam.

Sebelum ini, arena bola sepak negara dikejutkan dengan penyebaran surat layang yang mendakwa wujud salah laku dalam FAM.

Advertisements

Penyebaran surat layang oleh individu yang tidak dikenali itu dibuat sehari sebelum Kongres Tahunan FAM Ke-60 yang berlangsung pada 1 April lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram