Harimau Malaya Bakal Uji Kelab Liga Super Sebelum Berdepan Kyrgyzstan
Harimau Malaya
Aima/MakanBola
Advertisements

Harimau Malaya dijangka berdepan sebuah pasukan Liga Super sebelum berdepan Kyrgyzstan Jun ini.

Perkara ini jelaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkenaan perancangan bagi persiapan Malaysia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon terpaksa menelan hakikat apabila tunduk di tangan pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0 dalam dua aksi sebelum ini.

Advertisements

Keadaan ini memberi tekanan hebat kepada Malaysia dalam misi untuk mara secara merit ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Hamidin bagaimanapun sudah mengadakan perbincangan bersama pengendali kelahiran Korea Selatan itu untuk mengatur satu aksi pemanas badan dalam negara.

Advertisements

“Kim Pan-gon kalau boleh nak satu perlawanan negara atau pun kelab di sini. Kalau kita lihat kalendar FIFA bermula pada 3 atau 4 hingga 11 Jun. Saya rasa agak susah untuk mendapatkan pasukan pada hujung bulan Mei sebelum ke Kyrgyzstan.

“Kita cuba untuk dapatkan tapi kalau tiada, KPG akan berdepan kelab (Liga Super) sebagai aksi pemanas badan bagi pasukan kebangsaan,” jelasnya ketika ditemui di Le Meridien Kuala Lumpur.

Advertisements

Malaysia kini menghuni tangga ke-3 kumpulan selepas 4 perlawanan dengan 6 mata dengan misi ajaib ditagih oleh Pan-gon untuk layak ke pusingan berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram