fbpx

“Nak Cakap Apa Lagi, Kita Tidak Sepatutnya Tewas” – Dion Cools

24,177 views

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sejurus perlawanan Malaysia – Vietnam tamat, pemain kacukan terbaru Malaysia, Dion Johan Cools meluahkan kekecewaannya di Twitter.

dion cools malaysia "Nak Cakap Apa Lagi, Kita Tidak Sepatutnya Tewas" - Dion Cools
Dion Cools ketika beraksi menentang UAE.

“Nak cakap apa lagi, kita tidak sepatutnya tewas.”

“Sangat menyedihkan”, jelas Dion Cools.

Dion Cools beraksi dengan baik dalam perlawanan Malaysia menentang Vietnam namun nasib tidak menyelebahi skuad negara apabila Vietnam diberikan penalti 10 minit sebelum masa permainan tamat.

“Kami buat yang terbaik dan kami akan menerima hadiahnya, percayalah.”

“Terima kasih Malaysia”, jelas Dion Cools menamatkan kandungan tweet beliau.

Dalam perlawanan ke-7 kelayakan Piala Dunia/Asia kumpulan G, Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Vietnam di UAE.

Dapatkan notifikasi pantas di Telegram

Berita, rangkuman perlawanan dan temuramah terus ke telefon bimbit anda.
Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram