Syamer Kutty Abba menjadi pemain terbaru yang menyertai KL City FC untuk musim 2025/26.
Perpindahan pemain tengah Harimau Malaya itu disahkan pengurusan The City Boys menerusi satu kenyataan di platform rasmi mereka.
“Selamat datang ke ibu kota, Syamer Kutty Abba!” kata kelab dalam satu kenyataan ringkas.
Perpindahan ini sekaligus mengesahkan khabar angin perpindahan yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Sebelum ini, beliau memaklumkan tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyertai KL City untuk musim 2025/26.
Perpindahan Syamer menyaksikan beliau mengikut jejak dua pemain sayap, Safawi Rasid dan Manuel Hidalgo. Kedua-dua pemain sudah melengkapkan perpindahan ke KL City baru-baru ini.
Selain trio berkenaan, The City Boys juga dilaporkan mencari seorang penyerang baharu sebagai sokongan kepada penyerang kebangsaan, Paulo Josue.
Penyerang Sabah FC dari Brazil, Joao Pedro dilaporkan berada dalam radar pasukan gergasi Lembah Klang itu.