Kejayaan KL City Tambah Mata AFC MA Ranking Malaysia, Kini Setanding UAE
Dunia
KL City Football
Advertisements

Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC ketika menewaskan wakil Indonesia, PSM Makassar dengan keputusan 5-2 semalam memberi impak yang cukup besar kepada kedudukan Malaysia.

Tatkala perjuangan anak didik Bojan Hodak masih lagi berterusan di pentas Asia kali ini, mereka secara dasarnya telah menjadi penyumbang kepada pungutan mata kelab Malaysia dalam kedudukan AFC.

Kemenangan bersejarah The City Boys telah menyumbang pungutan mata sebanyak 1.036 kepada mata terkumpul sebelum ini.

Advertisements

Seperti yang sedia maklum, prestasi memukau pasukan JDT di pentas ACL kali ini telah menjadikan mereka sebagai penyumbang terbesar kepada mata AFC MA Ranking Malaysia sebanyak 16 mata.

Namun begitu, KL City juga turut bertanggungjawab bagi menangkat lagi kedudukan Malaysia yang kini semakin baik dan setanding dengan nama besar yang lain.

Berdasarkan kedudukan terbaru yang dikeluarkan oleh Footy Rankings, Malaysia kini berada pada kedudukan ke-4 di Asia Timur tatkala kita hanya berada di belakang negara kuasa besar seperti Jepun, Korea dan juga Hong Kong.

Advertisements

Selain itu, Malaysia kini berada pada kedudukan ke-9 negara Asia dan menghampiri kedudukan UAE dengan 1.136 mata.

Kedudukan Malaysia dengan pungutan mata yang dibantu oleh kecemerlangan kelab dan juga persembahan negara telah membantu Malaysia memperoleh slot 2+2 di pentas ACL musim 24/25 kelak.

Prestasi cemerlang KL City yang masih meneruskan perjuangan kekal ditagih untuk membantu menaikkan lagi kedudukan Malaysia selain membantu mendapatkan slot automatik ke ACL.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram