Advertising
Kok Siang Kongsi Rahsia Kehebatan Sze Fei-Izzuddin
UltraSukan
UltraSukan
Victor Malaysia

Jurulatih beregu profesional Malaysia, Teo Kok Siang melihat komunikasi sebagai kunci prestasi mantap yang dipamerkan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani.

Pandangan itu dibuat beliau selepas menilai persembahan mereka dalam beberapa kejohanan termasuk India Open 2025.

Ad

Kok Siang melihat komunikasi mantap antara Sze Fei dan Izzuddin cukup membantu terutama apabila mereka ketinggalan dalam permainan.

Ad

Hal ini turut dibantu dengan kematangan dan keazaman untuk meraih kemenangan yang ditampilkan kedua-dua pemain.

“Saya perhatikan mereka semakin matang dari segi komunikasi di atas gelanggang. Contohnya, apabila timbul masalah, mereka tidak panik dan cuba menyelesaikannya dengan baik.

Ad

“Apabila mereka melangkah keluar dari gelanggang, mereka akan tetap berbincang kerana mereka mempunyai keinginan untuk menang,” katanya dalam program Badminton Unlimited.

Ad

Selepas kembali bergabung pada Mei 2023, Sze Fei-Izzuddin tidak menoleh ke belakang dan terus melakar pencapaian demi pencapaian.

Ad

Ini termasuk melakar pencapaian naib juara World Tour Finals (WTF) 2024, juara China Open 2024 dan juara India Open 2025.

Malah, Sze Fei-Izzuddin juga kini menghuni ranking kedua dunia. Mereka kini dipisahkan 3,100 mata dengan beregu nombor satu dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.